Pakej percutian Medan 3 Hari 2 malam ini kami berikan hanya untuk Anda. Siapa yang tidak kenal Medan? Kota yang satu ini menyimpan pelbagai tempat menarik untuk diterokai. Ada banyak tarikan unik yang menunggu untuk diselami, mulai dari keindahan alamnya yang luar biasa cantik, budaya yang kaya, hingga makanan tradisional yang menggoda selera. Tidak hanya sekadar bandar biasa, Medan adalah destinasi sempurna bagi Anda yang mencari pengalaman baru yang tidak terlupakan.
Sebagai salah satu destinasi pelancongan popular di Indonesia, bercuti ke Medan kian menarik perhatian pelancong dari pelbagai negara. Tarikan ke Medan ini bukan sahaja menonjolkan keindahan dan sejarahnya, malah ia juga penuh dengan lokasi-lokasi ikonik yang amat fotogenik. Selain itu, Medan turut terkenal sebagai bandar dengan pelbagai budaya, di mana Anda boleh mendalami kehidupan lokal sambil menikmati hospitaliti masyarakatnya yang ramah.
Percutian ke Indonesia ini akan mengajak Anda untuk melihat Medan yang memiliki gabungan keindahan alam, sejarah, dan budaya yang berwarna-warni. Bagi Anda yang ingin menikmati suasana eksotik dan berbeza, Medan mampu memberikan pengalaman yang berbaloi. Setiap sudutnya menyimpan cerita yang seru dan penuh makna, menjadikan perjalanan Anda lebih daripada sekadar percutian biasa.
Itinerary Pakej Percutian Medan 3H2M
Jadual pakej percutian ke Medan 3 hari 2 malam Anda ialah
Hari 1: Airport, Parapat Lake Toba, Tugu Becak-Kwan Im Temple & Siantar City, Pantai Bebas Parapat (Lunch, Dinner)
- Ketibaan di lapangan terbang Kualanamu
- Makan tengahari di restoran tempatan
- Melawat ke Paten Shop
- Melawat ke Tugu Becak-Kwam Im Temple & Siantar City
- Melawat ke Pantai Bebas Parapat
- Makan malam di restoran tempatan
- Check in hotel
- Free time
Hari 2: Samosir Tomok Village, Simarjarunjung Nice Hill Panorama, Tanjung Unta View Lake Toba, Simalungun Batak Long House, Sipiso Piso Waterfall, Panorama Mt. Sinabung, Vihara Pagoda Lumbini (Breakfast, Lunch, Dinner)
- Breakfast at Hotel
- Melawat ke Samosir Tomok Village
- Melawat ke Nice Hill Panorama
- Melawat ke Tanjung Unta View Lake Toba
- Melawat ke Simalungun Batak Long House
- Makan tengahari di restoran tempatan
- Melawat ke Sipiso Piso Waterfall
- Melawat ke Panorama Mt. Sinabung
- Belanja belah di Fruit Market
- Melawat ke Vihara Pagoda Lumbini
- Makan malam di restoran tempatan
- Kembali ke hotel
Hari 3: Maimoon Palace, Grand Mosque (Breakfast)
- Breakfast at Hotel
- Melawat ke Maimoon Palace
- Melawat ke Grand Mosque
- Beli cenderahati
- Transfer to Airport
- Lawatan tamat
Harga Pakej Percutian Medan 3H2M
Travel ke Medan sangat mudah dan berpatutan. Harga pakej percutian medan 3 hari 2 malam ini boleh diselaraskan mengikut kehendak Anda, tetapi hubungi CS kami dahulu.
Fasilitas Pakej Percutian Medan 3H2M
Kemudahan pakej Medan 3 hari 2 malam yang disediakan sepanjang percutian ialah
- Hotel 2 malam dan breakfast
- Pengangkutan sepanjang hari (private tour)
- Tiket lawatan seperti dalam jadual perjalanan & parkir
- Mineral water
- Guide/Driver
- Welcome kain ulos craft for group (22)
- Welcome banner for group
- Personal expenses
- Tipping guides/drivers
- Tiket penerbangan
- Porter lapangan terbang
- Makanan tambahan