Pakej Percutian Yogyakarta 5 Hari 4 Malam

Pakej Percutian Yogyakarta ini akan membawa Anda melawat kota yang penuh dengan sejarah, budaya, dan keindahan. Yogyakarta ini terletak di pulau Jawa, lebih tepat lagi ia masuk di negara Indonesia. Kota ini merupakan destinasi pelancongan yang sering menjadi pilihan pengunjung dari seluruh dunia. Kota ini juga terkenal sebagai pusat kebudayaan Jawa yang masih mengekalkan tradisi dan adat yang kaya. Selain itu, Yogyakarta juga menjadi pintu masuk ke beberapa tempat bersejarah yang mengagumkan seperti Candi Borobudur.

Keunikan Yogyakarta tidak hanya terletak pada warisan budayanya, tetapi juga suasananya yang begitu nyaman dan ramah. Dalam pakej pelancongan ke Yogyakarta ini Anda akan bertemu penduduk tempatan yang menyambut seperti keluarga. Selain itu, kota ini juga dikenali dengan gelaran “Jogja Istimewa” bukan sahaja kerana keindahannya, tetapi juga kerana aura istimewa yang dirasai setiap kali melangkah di jalan-jalannya. Seni jalanan, muzik tradisional, serta perayaan budaya yang sering diadakan menambah daya tarik tersendiri yang sukar ditemui di tempat lain.

Ada banyak sebab kenapa Anda harus melancong ke Yogyakarta. Kota ini menjadi destinasi percutian yang wajib dikunjungi karena menawarkan pelbagai jenis tarikan pelancongan, dari pantai yang menakjubkan, gunung berapi yang masih aktif, hingga ke pusat-pusat seni yang kreatif. Yogyakarta juga terkenal dengan kulinari yang unik, seperti gudeg yang manis dan lezat. Bagi Anda yang gemarkan aktiviti membeli-belah, Malioboro adalah syurga barangan yang menarik. Semua ini menjadikan Yogyakarta destinasi yang mampu memenuhi keinginan pelancong dari pelbagai minat.

Tempat Menarik di Yogyakarta

Terdapat banyak tempat menarik di Yogyakarta dan anda akan melawatnya dengan pakej percutian Jogja ini.

Studio Alam Gamplong

Studio Alam Gamplong merupakan destinasi unik yang wajib dikunjungi buat Anda yang suka pengalaman lain dari yang lain. Lokasinya kerap digelar “Mini Hollywood” sebab banyak filem dan drama berskala besar dirakam di sini. Dari set bangunan klasik hingga kampung tradisional, tempat ini menawarkan vibe yang seolah-olah Anda tengah menjelajah masa lalu.

Candi Borobudur

Candi Borobudur adalah salah satu keajaiban dunia yang mesti ada dalam senarai destinasi Anda kalau melancong ke Yogyakarta. Struktur megah ini bukan sekadar sebuah kuil Buddha terbesar di dunia, tapi juga menyimpan sejarah dan seni yang sangat cantik. Setiap tingkat Candi Borobudur penuh dengan ukiran relief yang menceritakan kisah-kisah kehidupan Buddha, menjadikan lawatan kamu tak sekadar seronok tetapi juga sarat ilmu.

Lava Tour Merapi

Ikut Lava Tour Merapi adalah pengalaman yang pasti buat Anda rasa teruja dan kagum. Lokasinya terletak di kaki Gunung Merapi, tour ini menawarkan pengembaraan menggunakan jip yang akan membawa Anda melintasi bekas aliran lava akibat letusan gunung berapi. Di sepanjang perjalanan, Anda akan singgah di beberapa tempat menarik seperti Muzium Sisa Hartaku serta Batu Alien hasil dari proses alam.

Keraton Yogyakarta

Keraton Yogyakarta adalah istana megah yang menjadi pusat budaya dan sejarah di Yogyakarta yang wajib Anda lawati untuk merasai aura kerajaan Jawa yang masih hidup hingga hari ini. Di sini, Anda dapat melihat secara langsung keindahan seni bina tradisional Jawa yang dipelihara dengan baik, serta menyaksikan berbagai persembahan kebudayaan seperti tarian klasik dan gamelan.

Tamansari

Tamansari merupakan bekas taman diraja yang kini menjadi salah satu tarikan ikonik di Yogyakarta. Tamansari dahulunya digunakan oleh keluarga diraja untuk bersantai dan melakukan aktiviti rekreasi. Kompleks ini memiliki kolam-kolam pemandian yang dikelilingi oleh seni bina yang memukau, termasuk lorong-lorong bawah tanah dan masjid unik berbentuk bulat. Suasana di Tamansari memberikan rasa tenang dan damai.

Pantai Timang

Pantai Timang adalah syurga tersembunyi di Yogyakarta yang pasti akan membuat Anda terpesona dengan keindahan semula jadinya. Pantai Gunungkidul ini terkenal dengan pemandangan ombak yang memukau dan tebing yang curam, ideal untuk para pencinta alam dan penggemar aktiviti outdoor. Salah satu tarikan utama di sini adalah jembatan gantung yang menghubungkan pantai dengan sebuah pulau kecil, di mana Anda dapat merasai adrenaline sambil menikmati panorama laut yang menakjubkan.

Goa Pindul

Goa Pindul adalah destinasi di Yogyakarta yang menawarkan pengalaman cave tubing yang seru dan tidak terlupakan. Gua ini terkenal dengan aliran sungai yang jernih dan stalaktit serta stalagmit yang indah, suasana di sini cukup magis seolah-olah Anda sedang menjelajahi dunia bawah tanah. Aktiviti cave tubing di sini membolehkan Anda meluncur di atas pelampung sambil menikmati pemandangan menakjubkan di sekelilingnya.

Heha Sky View

Heha Sky View adalah destinasi Instagramable yang menawarkan pemandangan luar biasa dari ketinggian, sempurna untuk Anda yang gemar merakam momen menarik semasa bercuti di Yogyakarta. Lokasinya di puncak bukit, jadi memberikan panorama yang memukau, terutama saat matahari terbenam, di mana langit dihiasi dengan pelbagai warna yang menakjubkan. Selain itu, Heha Sky View juga dilengkapi dengan spot foto yang unik, seperti jembatan kaca dan bangunan berbentuk sayap.

Malioboro

Malioboro adalah jantung kehidupan Yogyakarta yang menawarkan pengalaman belanja dan budaya yang tak terlupakan. Terkenal dengan deretan kedai dan penjaja yang menjual pelbagai barang, dari kain batik yang cantik hingga cenderamata unik. Tempat ini adalah syurga bagi penggemar membeli-belah. Saat berjalan di sepanjang jalan Malioboro, kamu akan merasai suasana meriah yang dipenuhi dengan suara tawar-menawar dan aroma makanan tempatan yang menggugah selera.

Gumuk Pasir

Gumuk Pasir adalah destinasi yang wajib kamu kunjungi jika mencari kombinasi keindahan alam dan aktiviti luar yang menyeronokkan. Terletak tidak jauh dari pusat Yogyakarta, tempat ini menawarkan panorama memukau dengan pasir yang luas dan dekat pantai. Di sini, kamu dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti sandboarding.

Itinerary Pakej Percutian Yogyakarta 5 Hari 4 Malam

Jadual perjalanan pakej Jogja Anda ialah

Hari 1: Bandara YIA, Studio Alam Gamplong

  • Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta International Airport (YIA)
  • Makan tengahari di restoran tempatan
  • Melawat ke Studio Alam Gamplong
  • Makan malam di restoran tempatan
  • Daftar masuk ke hotel pilihan

Hari 2: Borobudur, Lava Tour

  • Sarapan di hotel
  • Melawat ke Borobudur
  • Melawat ke Merapi untuk lava tour
  • Kembali ke hotel
  • Acara bebas

Hari 3: Keraton, Tamansari, Gumuk Pasir/Pantai Parangtritis

  • Sarapan di hotel
  • Melawat ke Keraton Yogyakarta
  • Melawat ke Tamansari
  • Melawat ke Gumuk Pasir/Pantai Parangtritis
  • Kembali ke hotel

Hari 4: Pantai Timang, Pindul Cave, Heha Sky View

  • Sarapan di hotel
  • Melawat ke Pantai Timang
  • Melawat ke Pindul Cave
  • Melawat ke Heha Sky View
  • Kembali ke hotel

Hari 5: Malioboro dan Pusat Belanja

  • Sarapan di hotel
  • Check out hotel
  • Free program beli belah di Malioboro
  • Airport transfer ke Yogyakarta International Airport

Harga Pakej Percutian Yogyakarta 5 Hari 4 Malam

Harga pakej percutian Yogyakarta 5 hari 4 malam ini boleh diselaraskan mengikut kehendak Anda, tetapi hubungi CS kami dahulu

harag percutian yogyakarta 5 hari 4 malam

Fasilitas Pakej Percutian Yogyakarta 5 Hari 4 Malam

Kemudahan Pakej Percutian 5 Hari 4 Malam Yogyakarta yang disediakan sepanjang percutian ialah

Includes:

  • Hotel 4 malam dan breakfast
  • Pengangkutan sepanjang hari (private tour)
  • Tiket lawatan seperti dalam jadual perjalanan & parkir
  • Mineral water

Excludes:

  • Personal expenses
  • Tipping guides/drivers
Summary
product image
Author Rating
1star1star1star1star1star
Aggregate Rating
5 based on 4 votes
Brand Name
Joglo Wisata
Product Name
Pakej Percutian Yogyakarta 5 Hari 4 Malam
Price
IDR 3450000
Product Availability
Pre-Order Only

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *